BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

AGEN KAMI YANG BERDEKATAN ANDA!

STOKIS - Lily Suryati Abu Bakar : 012 - 775 2661
Siti Afifah Abu Bakar : 017 - 292 9005

AGENT KAMI:

Cheras - Noriah : 019 - 277 4868

Subang - Zetty : 011 - 1119 9925

Keramat & Wangsa Maju - Kak Rozah : 013 - 358 8811


KENYATAAN: Agen kami berhak untuk tidak mengikuti promosi yang ditawarkan oleh kami sebagai stokis dan sila dapatkan no akaun bank Agen masing-masing dengan menghubungi mereka.

Friday, November 15, 2013

Batalkan saja tanpa alasan. Itu lebih mudah.

Terdapat sedikit pesanan buat para pelanggan yang dihormati. Ada segelintir pelanggan yang menelefon dan membuat tempahan barangan. Akan tetapi, apabila penghantaran mahu dibuat pelanggan ini enggan menjawab telefon dan lebih parah terus diam sehingga kembali melanggan pada bulan hadapan. 

Dengan penuh rasa hormat, jika pihak tuan/puan mahu membatalkan tempahan, kami tidak mempunyai masalah dan menghormati keputusan tersebut. Tiada sebab dan alasan perlu diberikan. 

Akan tetapi, jasa baik pihak tuan/puan adalah diharapkan untuk memberitahu kami pembatalan tersebut atau sekurang-kurangnya menjawab panggilan kami. Dalam perjalanan kami membuat penghantaran ada masanya kami telah tiba di tempat pelanggan tetapi pelanggan menghilangkan diri. 

Ini turut menyebabkan barangan yang telah diletakkan atas nama tuan/puan tidak dapat kami berikan kepada pelanggan lain yang juga berminat pada masa yang sama. Permintaan terhadap barangan Ez's Cosmetic sangat tinggi hingga melebihi penawaran. Usah risau membatalkan pesanan kerana barangan tersebut pasti akan ada yang membeli. 

Pelbagai alasan akan diberikan pada bulan seterusnya bila langganan hendak dibuat semula. Percayalah, tuan/puan tak perlu membuat alasan. Sekadar batalkan saja pesanan melalui telefon, sms atau menjawab panggilan kami, itu cukup. 

Kami memohon maaf sekiranya pesanan ini mungkin mengguris hati beberapa pihak. Akan tetapi, demi pelanggan-pelanggan lain yang mungkin terkesan akibat permasalahan ini maka kami terpaksa meluahkan juga. 

Segala kerjasama yang diberikan tuan/puan adalah amat dihargai.

0 comments: